Friday, February 26, 2010

DI SEBALIK TABIR .... JKJR

jika bukan kita yang berusaha
siapa lagi harapan anak - anak ini ...
berikan mereka peluang untuk dunia kecil mereka


dewasa pun ingin menimba pengalaman
ilmu untuk sejagat ...


Tn.Pegawai JKJR dan Pn.Umi
eratkan silaturrahim sekolah dan masyarakat ...


menyumbangkan kerjasama
untuk kelancaran program .. Thanks En.


Logo JKJR
maksud seperti tertera di pacuan...


sebahagian dari ruang pameran ...
bermaklumat untuk panduan dan peringatan kita


Pn.Umi bersuara lunak dan jelas ...


seperti aur dengan tebing
Cg Ismail pengerusi berpengalaman ...
JPNT jika sudi boleh tawarkan peluang MC untuk
pengerusi dari SK Pulau Bahagia ...


bukan kuih tunjuk - tunjuk ..
Cg Mohammad Penyelaras BDP
turut membantu kekemasan , keteraturan , ketertiban
sebelum program dimulakan
manafaatkan ruang kerusi
supaya semua murid-murid Tahap 2 dapat mengikuti
program dengan selesa dan sopan


nama pun murid -murid ..
excited !! tapi bila dibimbing tentang peraturan
semasa di dalam dewan
akan mereka terarah dengan
bekerjasama , bertolak ansur dan menghormati ..


siapalah kita tanpa rakan - rakan sekerja ...
mengambil hati tidak semudah jatuh hati



berkemeja merah Ustaz Ramli ... lulusan dari
Universiti Timur Tengah ~ pelengkap majlis
dengan tazkirah dan doa
Cg Mohammad sentiasa berkomited pada
anak-anak didik

CINTAILAH KEPADA
TUGAS DAN TANGGGUNG JAWAB
NESCAYA
KITA MENJADI HAMBA YANG DISAYANGINYA
RAHMAT DAN BARAKAHNYA
DIJANJIKAN TANPA SEMPADAN ; TINGGI ATAU RENDAH DIRI KITA
HAK ALLAH SWT MEMBERI DAN MENGAMBIL
SETIAP KITA DIANUGERAHKAN
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SEBAGAI UJIAN
DI DUNIA SEMENTARA INI

Wednesday, February 24, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PKG MANIR KALI 1





Hari ni kejohanan sukan tahunan skpb.
blouse dan pants untuk pagi - sesi pagi suka
dan untuk sesi petang
Perasmian penutup semua warga skpb dikehendaki
memakai t-shirt sponsor.
Buah tangan untuk sarapan guru ; apam kukus dan kasturi.
Meninjau persiapan pembarisan rumah merah & biru
Ustaz mohammad pakai t shirt hitam
Minta anaknya hantarkan t shirt merah sebab rumah merah
berada di padang bersama cg2 ; ruslan , ravi , zubi , kalsom
pekerja2 , ustaz ramli .
Mempelawa cg2 menjamah kuih-miuh
gpkko turut berada di khemah urusetia

1. Pagi :Menerima call dari pejabat..pn.mahani bertanyakan
di mana saya ? jawab saya di padang.
Perlu menggantikan gb ke mesyuarat
di pkg banggol peradong..balik rumah di permint jaya
lebih kurang 9.15 am
tukar ke kurung biru.
Mesyuarat pada 11.00 am .. terlewat 15 minit
tapi ada yang lebih lewat daripada saya
drive pun slow sambil lihat papan tanda
tak penah ke skbp ..satu kali silap arah & dua kali bertanyakan arah.
semua guru besar .. 17 sekolah dalam pkg manir.
6 daripadanya wanita.
Tak rugi..sekurang-kurangnya dapat tahu
tugas-tugas guru besar.Fail tersedia mengandungi
bahan mesyuarat.Perlantikan jk 2010-2011.
skpb ~ matapelajaran sivik.
Mengenai CO & perancangan tahun2010 dll
tamat hampir 1.30pm .. lunch.

Tiba di skpb semula hampir 2.00 pm.
Kata Pak Mat pkg manir call kenapa saya
belum tiba .... sebab seperti di atas
Letak fail mesyuarat tadi di meja
Tanya pkko balik ke rumah dulu ke selepas mesyuarat ?
jawab saya ..tak , terus ke sekolah
lazimnya perjalanan ke sekolah mengambil masa 40 minit
Maklum pada pn.mahani senarai nama murid 5A 2009
untuk difaxs ke sk teluk menara
seperti yang dimaklumkan oleh guru besar satm dalam mesyuarat tadi.
Mengiringi guru-guru dan murid-murid dari sekolah
yamg menyertai acara jemputan ke bilik guru untuk
jamuan.Ada cg Hasimah & ustazah.
Kembali semula ke pejabat untuk mengambil
maklumat murid yatim , murid upsr 5A dll
untuk mesyuarat di pejabat penyelaras dun 27 Feb 2010, 9.00pm
..... rasa2nya hampir 12 malam baru selesai
mmm .. keesokannya sekolah bermula

Menerima call dari Ila - Sinar Harian
maklumat mengenai foto-foto
Program Keselamatan Jalan Raya.
thanks Pn.Rusmini Timb.Pengarah JKJR Trg
atas talian hayat ..

Menjemput anak perempuan tingkatan 5 di smkss
dah lewat petang terpaksa menunggu saya menjemputnya
Angah siapkan profail untuk pencalonan pertandingan ketua murid
smkss.Ada mewakili pertandingan peringkat sekolah ,
daerah dan negeri.Biasanya ..pidato , perbahasan , kuiz & syair.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apakah perlu menyukarkan laluan menitiskan ilmu dan pengetahuan
kepada yang diamanahkan ...
Setiap nawaitu tak tersembunyi dari Allah SWT.
Jika merancang kepayahan .. lupakah kita
bukanlah yang berhak atas Qada & Qadar NYA.

Apakah perlu menghitamkan sesama hambaNYA
Sedangkan bukan hak kita menetapkan natijahnya
Bila kita sering melihat di atas
belum tentu yang dipertanggungjawabkan
untuk kita berada di puncak

2. Petang : pada 27 Feb 2010 mesyuarat khas sempena
lawatan Dato MB Terengganu
ke dun manir akan diadakan di pejabat penyelaras dun manir 9.00 malam.
terima surat mesyuarat daripada gb semasa bersama
guru2 dan murid2 jemputan menikmati jamuan di bilik guru
19 anak-anak yatim dari sk pulau bahagia akan menerima
sumbangan rm20 setiap bulan daripada pp dun manir
sehingga akhir tahun.Manakala pada 4Mac 2010 anak-anak yatim
akan membuka akaun tabung haji
( wang membuka akaun ditaja oleh ppd manir )
Anak-anak yatim akan menerima sumbangan zakat
dari pihak tertentu.
9.00 malam ... mm dari permint jaya 27 km.
Ku terima amanah ini biar hujan ribut aku akan
ke pejabat penyelaras dun manir sabtu ini.
arahan ... tanggungjawab dunia & akhirat.
di dunia .. sumbangan tersebut akan meringankan sedikit
perbelanjaan mereka...
di akhirat ... perjalanan dalam samar malam ke ppdm
mugkin juga menambahkan sedikit pahala buatku
Ini bukan kepayahan buatku ... jika itu sangkaan kalian
selangkah ku menuju untuk kebajikan untuk
anak-anak yatim , yatim piatu


*** Aku yakin kepayahan atau kesenangan
milik Allah SWT . Jika kita ada rasa simpati
pada orang yang lemah pasti Tuhan akan
membalasnya kembali kepada kita.
Jika kita sangkakan simpati kita
akan merugikan kita ..
siapa kita untuk menyekat pertolonganNYA ?***


Sunday, February 21, 2010

TERUSKAN PERJUANGAN ...






PERSEPSI BERBEZA

sebelum ini cuma paparan gambar
tanpa identiti
pejam celik melewati tahun ke 6
semoga Allah SWT melimpahkan segala kebaikan buat
Datuk dan keluarga
Disetiap kejayaan anak-anakku
tersemai budi baiknya
Terimakasih atas keluhuranmu


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga



Friday, February 19, 2010

PEJABAT PENYELARAS DUN MANIR

Khamis 18Feb 2010

Hari yang padat..dimulai dengan taklimat dan raptai
sempena majlis penganugerahan watikah perlantikan
pengawas sekolah sesi 2010.Plan A & B tersedia.
Tulang belakang @ pekerja swasta dah maklum
mengenai persediaan yang sepatutnya.
Tn.GB & JK BDP turut memberikan pandangan.
Seterusnya memaklumkan tazkirah untuk perhimpunan pagi
Ahad nanti.Tema ; Kepimpinan.Bacaan doa selamat
juga oleh Ustaz Ramli.
Seterusnya bergegas ke bilik J Qaf menemui Ustazah W.Naemah
memaklumkan urusan mengenai anak-anak yatim
yang akan menerima bantuan daripada Pejabat Dun Manir.
9.30am 19 orang murid-murid yatim dikehendaki
berkumpul di bilik J Qaf.Memasuki pejabat
maklum pada Pn.Mahani surat makluman
untuk penjaga murid-murid tersebut ;
9.00am bersama penjaga , bawa kp penjaga & surat beranak
ke PPDM untuk tujuan membuka akaun BSN.
Terimakasih Pak Mat fotostat surat-surat berkenaan.
Kebetulan EIO Zana berada di pejabat
minta bantuan download lagu gamelan.TQ Zana.
Tepat 9.30am termasuk Cg Ramlah , Ustazah W.Naemah
bersama taklimat tersebut.Guru pengiring ; Cg Ramlah.
Melangkah ke pejabat .. semak tray in
duduk .. baca ... etc
Semak buku Laporan RMT di kantin sekolah.
Menemui Cg Masta di bilik guru untuk masukkan foto-foto
Program Keselamatan Jalan Raya ke dalam note book saya.
Menyerahkan kamera digital untuk mengambil foto Motivasi Tahun 6.
Cg Sabri ~ maklum program Motivasi Tahun 6 akan
berlangsung selepas rehat tahap 2.Motivasi percuma
penubuhan syarikat baru.TQ Sir.
Bertanya kabar SU HEM Cg Ahmad
masih menyiapkan keceriaan bilik darjah pemulihannya.
Menyediakan tentatif program Ahad bersama SU BDP cg Karitini.
Mengadap Tn.GB untuk makluman tentatif program serta
pandangan beliau untuk kelancaran program.
Maklum juga maklumat yang diterima dari Pegawai AMPT
Dun Manir.
10.15am .. memasuki pejabat penyelaras dun Manir
fuyoo ... dah penuh.Nasib baik ada satu seat lagi.
Semua ada ..gb, , pk , agensi-agensi kerajaan , swasta , jkkk ,
tabung haji , dll ...
tercatat ada juga wakil jpnt dalam surat panggilan
mmmm .... ?????
Mesyuarat Khas Sempena Lawatan MB ke Dun Manir pada
4 Mac 2010 nanti.Macam-macam ada;
pemeriksaan kesihatan , pameran , maxis ,
tanam kelapa sawit , ke kolam ikan dan yang paling dihargai
setiap anak-anak yatim dari sekolah dalam dun Manir
akan menerima sumbangan bulanan RM20
sepanjang 2010 dari PP Dun Manir.
Melalui akaun Tabung Haji murid-murid tersebut
akan menerima sumbangan zakat dari badan koporat.
Bertempat di Durian Mas majlis penyampaian buku akaun BSN
dan penerimaan anak-anak yatim sebagai anak angkat.
Gulai kawah seekor @ dua lembu untuk hidangan tetamu yang hadir
ke SK Teluk Menara.. MB akan ke sana juga
Semua sekolah dalam dun manir akan menerima
tajaan Utusan Malaysia .
Eiseyy ... setiap wakil sekolah berucap di dalam mesyuarat
memaklumkan berkenaan murid-murid yatim di sekolah
masing-masing.Lega .. nasib baik dah adakan taklimat sebelum itu.
Gugup sikit .. panel mesyuarat dari pelbagai ..
Lunch gulai ayam kampung disediakan ...tak makan
Maklum pada GB mengenai mesyuarat tadi.
Menemui Cg Masta maklumat mengenai
Ceramah Motivasi Tahun 6 yang telah diadakan
di dewan sekolah.Thanks ...ustazah c.ramlah hiaskan
sijil-sijil pengawas.
Opps..bincang dengan GB & kerani mengenai KWAMP.
Terimakasih Pn.Kerani.
Lihat buku aturcara program yang dah siap .. ok !
bunga-bunga purple .. kuning .. biru .. K per 2 ...
next task Latihan Kebakaran ! Bomba !!
Menunaikan tanggungjawab sebagai ibu ..
ke MRSM hantar yang dikehendaki oleh anak .. Hadri.
etc ..

Foto di atas ruang mesyuarat Pejabat Penyelaras Dun Manir.



























TERKURANG ?


DI MANA SAYA ?

mmmm...... di barisan belakang
kurung hijau bertudung coklat berblazer hitam

Sejarahkah ?

Menerima lantikan tugas sebagai gpkko
15 Januari 2009 hingga 21 Oktober 2009
1..2..3..4..5..6..7..8..9..10.. mm....

Menerima pertukaran dan memulakan tugas
sebagai gpkhem di sk pulau bahagia pada
22 Oktober 2009

agak-agak saya yang paling singkat
memegang jawatan gpkko ?



PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA JKJR 2

murid-murid memberikan response ...

Tn.Guru Besar sedang berucap ...

pimpinan doa oleh Ustaz.Ramli ...

gandingan mantap gpkko & gpk1
berbaju merah .. pegawai dari jkjr

cheeeze ... cg.ismail berkemeja putih sebagai mc program

para guru yang berdedikasi ...


ustazah che ramlah .. su 3K .. senyum sokmo & idea bernas
terimakasih cg ..

PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA
SK PULAU BAHAGIA

PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA JKJR

PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA
JKJR & JK 3K
10 FEB 2010


good girls !

boys ... pay your attention

topi-topi keledar ... sebelum menjadi milik pemenang

kepelbagaian fungsi ...

tapak pameran ...

Penyelaras Badan Disiplin & Pengawas
Cg Mohammad mengiringi murid-murid ke lokasi pameran
Terimakasih Cg !


Peneraju JKJR ke SK Pulau Bahagia ...

Pada 10 Feb 2010 Rabu Kempen Keselamatan Jalan Raya oleh JKJR
telah selamat dilangsungkan.Komitmen tinggi oleh JK 3K SKPB
amat dihargai.Kerjasama semua warga SKPB juga disanjungi.
Setitis keringat tertumpah dari guru
Sebuah pengalaman berharga untuk murid ...

Sekalung Penghargaan Buat Tn.Guru Besar SKPB
EN.RAMLI BIN JUSOH