Monday, January 25, 2010

MASIH ADA YANG SAYANG





DIARI HEM SKPB
25 JANUARI 2010


PENDAFTARAN & PENEMPATAN MURID TAHUN 1
2011 & 2012

Setakat hari ini .. ok ada response
ada banner ... pagi tadi tambahan maklumat edaran kepada murid-murid

RMT

192 orang murid layak..sudut RMT perlukan penambahbaikan
keceriaan , buku laporan RMT & kedatangan ok .. yang pasti
perlu siapsiaga... budget keceriaan mm... sedang fikir..
etc

KANTIN
faxs dari jpnt-unit pembangunan kemanusiaan
buku laporan kendiri harian kantin
arahan & tindakan telah dijalankan tadi

TABUNG PENYAYANG & PRIHATIN

senarai nama murid-murid anak yatim untuk dihantar kepada
Pegawai Pembangunan DUN Manir .. ok ready to deliver !

SPBT

su SPBT , cg Senana ... bincang .. hajat hati nak bertanding Bilik BOSS.
contoh-contoh bilik boss dari sekolah-sekolah yang telah menang
memberikan gambaran & idea.
penyelaras spbt ... tali yang dikehendaki dah disediakan.
pandu tunjuk cg senana ~ pelan taktikal spbt
bugdet ??? sedang fikir ....


3K

setakat
tadi surat permohonan ceramah dan pameran
keselamatan JKJR ok ... maklum pada Pn.Rosmini tentang
tentatif .K ! dia setuju. pakat-pakat dengan su 3k - ustazah ramlah buku atur cara
& jk program pada 10 Feb nanti.
penyelaras 3k- cg russlan semakin ok.
poster-poster berkaitan 3k & kpj diagihkan

GURU BERTUGAS MINGGUAN

sependapat dengan tuan guru besar perhimpunan rasmi semakin baik
adik mc semakin keyakinan mengendalikan majlis.
tazkirah ustaz ramli ilmu berguna.


BADAN DISIPLIN & PENGAWAS

cgu mohammad .. thanks jadual tugasan senarai guru & murid

BIMBINGAN & KAUNSELING

jadual waktu , pelan taktikal dari cgu ramlah.
bincang-bincang kesesuaian program
dan apa-apa yang berkaitan ....

JK RAWATAN , KESIHATAN & PPDa

ok .. cgu shimah mesyuarat kali pertama minggu depan.
dah saya print dari internet maklumat * lorong ppda* etc.
kita masuk bertanding k ? lorong ? cg sakinah , ustz.ramlah pun
setuju lorong yang dicadangkan ...

SU HEM

ok per ... cg.ahmad jadi su saya !
kad-kad moral values yang saya dapatkan
tadi sama-sama dengan cg.ahmad kenal pasti tempat yang
sesuai untuk dipamerkan.
cg.ahmad confirm lagi sekali dengan jkjr.
syabas! cg ahmad dapat bercakap dengan
boss jkjr dalam trg fm petang tadi ..

BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH

cg zubi inform untuk mesyuarat esok.
zubi .... hari-hari ada jer lawaknyer.
komited pada majlis sukan sekolah
semoga sukan tahunan skpb berjaya !

KECERIAAN

tanaman hijauan dalam proses semaian & ditanam.


HAL-HAL LAIN SEDANG DALAM TINDAKAN

..... fikir dan buat ...


AIRMATA SEORANG IBU ... KASIH SEORANG BAPA

menerima kunjungan ibubapa seorang murid tahun 5C.
berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
andai daku insan berharta akan ku hulurkan nikmat rezeki
melimpah yang dikurniakanNYA pada anak didik ini.
kehadiran ibu bapanya memaklumkan tentang penyakit
jantung berlubang yang dihidapi semenjak kecil.
khamis lalu doktor mengesahkan sakit perut yang
dialaminya adalah penyakit apendiks juga perlu
dibedah.malangnya penyakit apendiknya tidak dapat
dibedah memandangkan dia juga menghidap
penyakit jantung berlubang.
pembedahan jantung berlubang di ijn memerlukan
kos tertentu.menurut ibu bapanya tidak mampu untuk
menyediakan kos yang diperlukan.
mata seorang ibu digenangi airmata..
dua penyakit ; jantung berlubang & apendiks.
anak bongsu saya pada hujung 2008 dibawa klinik
dan doktor mengesahkan ada apendiks.malam itu terus
dimasukkan ke wad dan keesokannya pembedahan
dijalankan.. kata doktor jika tidak dibedah dikhuatiri
akan pecah... bagaimana nasib anak didik ini
.. dua pembedahan yang perlu dilalui
nak bedah apendiks ada jantung berlubang
nak bedah jantung berlubang memerlukan wang ringgit
seingat kata doktor yang merawat anak saya dulu
apendiks perlu dibedah segera ...

..... anak bongsu dah empat hari demam
tambahan penyakit lelahnya .. tadipun
bawa dia ke sekolah.. sepanjang
di pejabat anak di dalam kereta..nak tinggalkan
di rumah seorang diri bimbang lelah dan semput
menyerang ketika ketiadaaan saya..

mungkin masih ada yang sayang
akan penderitaan anak didikku tadi ....

datuk x ...terimakasih atas kesudian motivasi tahun 6 ...
mungkin dilain masa ada kesempatan...
faham sangat tugas dan tanggungjawabmu ..















No comments:

Post a Comment